8:51 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Posted by Utara Ternak Farm |

Di Malaysia ,kita bekerja  dan berkhidmat didalam pelbagai sektor awam dan swasta.Masing-masing  ingin mengejar impian dan cita-cita yang di idamkan selama ini tetapi  sekarang ,dunia telah dilanda kegawatan ekonomi.Ramai yang terpaksa diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi dunia ini.Oleh itu,kami terpanggil untuk menyertai bidang pertanian dan penternakan.

Kemanakah arah bidang.. ini..?Bidang penternakan dan pertanian sudah lama diwarisi dari nenek moyang kita dulu lagi .Bidang ini tidak pernah pupus malah telah berevolusi hingga mencapai suatu tahap yang amat membanggakan.Contohnya , dahulu nenek moyang kita menternak kambing secara lepas di padang ragut tetapi kini sitem fidlot intensif@semi intensif (kurungan) telah diperkenalkan.Bidang pertanian juga sudah mengalami pelbagai perubahan yang begitu ketara .Sektor ini dapat memberi  keuntungan yang memberansangkan jika diusahakan dengan teratur dan sistematik.   

Siapa kami ?

Utara Ternak Farm adalah sebuah syarikat yang mengamalkan konsep 3P.Apakah itu konsep 3P….?Konsep 3P adalah merangkumi 3bidang iaitu penternakan ,pertanian dan perniagaan.Ketiga-tiga bidang ini berkait rapat antara satu sama lain dimana ia bagaikan satu rantaian makanan yang besar. Utara Ternak Farm terlibat didalam penternakan kambing, penternakan ikan keli dan projek pisang berangan .


Dimana kami…?

Syarikat kami beroperasi di Kampung Balun , Slim River ,Perak dengan keluasan tanah 5 ½ ekar.Kami mempunyai 2 buah kandang kambing dengan kapasiti 600 ekor dalam sesuatu masa,14 kolam ikan keli dan 2000 pokok pisang berangan.



Perkhidmatan dan jualan

Syarikat kami adamenawarkan pelbagai perkhidmatan dan jualan :

1)kambing:

a)kambing aqiqah dan korban

(b)kambing baka

(c)susu kambing

(d)pusat inkubator ternakan kambing
2)ikan keli

a)benih ikan keli

b)ikan keli
3)pisang berangan

a)anak benih pisang berangan
4)pusat latihan ternakan


[ Baca selanjutnya ]
Subscribe